Hukum Mandi Bogel.....ish..ish...ishhh....

Hukum Mandi Bogel


Hukum mandi bertelanjang di khalayak ramai adalah haram. Hukum mandi bogel walaupun di
tempat yang tertutup adalah makruh. Tidak ada hadis sahih yang menyatakan amalan kita tidak
dikira selama 40 hari.
Allah maha melihat lagi maha mengetahui. Tanamkanlah perasaan malu dan tunduklah kepada
Pencipta. Kita digalakkan supaya mandi menggunakan kain basahan atau sebagainya bagi
mematuhi adab-adab ketika mandi.
Terdapat hadis daripada Mu'awiyah bin Haidah RA. yang menceritakan; Aku telah bertanya
Rasulullah; "Ya Rasulullah! Bilakah masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami
buka?"
Jawab baginda : "Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yang kamu
miliki". Aku bertanya lagi, "Bagaimanakah jika sekiranya seseorang daripada kami sedang
bersendirian?" Nabi menjawab : "Allah lebih layak untuk kamu malu daripada manusia"
(Riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu
Majah.