Tip memilih kasut..info untuk muslimah...

Assalam...

Kali ni aku rasa terpanggil untuk kongsi info yg aku baca dari majalah Anis tentang cara memilih sepatu tulisan seorang perunding imej..kalau ingin membaca secara lebih lanjut boleh la dapatkan majalah Anis bil 163..

 Antaranya elakkan memakai kasut bertumit halus tinggi lebih dari  tiga inci.Sebabnya apabila ketinggian melampau seseorang wanita itu akan berjalan lebih menonggek dibahagian pinggul.Jalan beginilah yang lebih terserlah keseksiannya dimata lelaki yang tak beralih mata menatapnya..
Cara beginilah yang diharamkan Islam.Firman Allah Taala yang bermaksd "..dan janganlah mereka menghentak-hentak kaki(semasa berjalan) bagi mendapatkan perhatian orang (An nur : 31)

Didalam ayat diatas dilarang menghentak-hentak kaki apabila berjalan.Kasut tumit tinggi bila dipakai berbunyi berderap-detap seperti memakai loceng kaki yang bergemercing bila melangkah..Tarikan bunyi sigadis pasti membuatkan mata sijejaka berpaling melihat empunya diri,
Oleh itu apabila membeli kasut,pilihla tapak kasut yang beralas getah supaya kurang kesan hentakan mengoda ketika berjalan..