PEGAWAI penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri memeriksa telur ayam dipercayai tiruan yang dirampas dalam pemeriksaan di Pasar Pulau Tikus, semalam.
GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 270 biji telur ayam, dipercayai tiruan dalam pemeriksaan di Pasar Pulau Tikus di sini, semalam.Telur berkenaan yang dijual pada harga 35 sen hingga 38 sen sebiji, dirampas jam 10.45 pagi oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK diketuai Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Md Nasir Mohamed.Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, M Gunaselan, berkata pemeriksaan itu dibuat ekoran aduan diterima daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur tiruan di pasar itu.
“Semua telur ayam itu akan dihantar ke Jabatan Veterinar untuk pemeriksaan bagi memastikan telur ayam berkenaan adalah tiruan atau sebaliknya,” katanya di sini, semalam.
Siasatan akan dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan individu.
Kelmarin, CAP mendedahkan ada telur ayam yang dijual di pasaran tempatan adalah telur tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Mengikut CAP, bentuk telur tiruan agak luar biasa dan bersaiz lebih besar berbanding telur biasa dan baunya juga tidak sama. Telur tiruan juga tidak mengandungi khasiat atau nutrisi dan penuh dengan bahan kimia berbahaya.
Putih telurnya dipercayai diperbuat daripada sodium alginat, alum, gelatin, asid benzoik dan kalsium klorida. Di samping air dan pewarna makanan, kuning telur adalah hasil campuran buah lemon yang diperah dan pewarna makanan.
yang tak seronoknya gelatin tu dibuat dari bahan yang haram dimakan...masyallah....!!
Kulit telur pula diperbuat daripada kalsium karbonat, serbuk gipsum, parafin dengan beberapa bahan campuran lain.
Beginila manusia akhir zaman..semua benda nk dibuatnya...langsung tak fikir buruk baiknya..