Khasiat memeluk isteri dan pelukan suami utk isteri...

Info ini ramai yang dah tau...sekadar sharing info pakar motivasi terkenal kita...

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi
"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit" di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

salam perkenalan...

assalamualaikum...
moga pagi jumaat ini hidup kita makin bertambah keberkatan,kesihatan mahupun kebahagian...
Bila jenguk2 blog rakan2 yang famous seronok baca. macm2 cerita yang dpt dikongsi...mcm biasa mamaPG suka baca blog masakan.http://tiffinbiru.blogspot.com/..atau fotopages masakan..http://rinnchan.fotopages.com/.,http://www.periuktanah.blogspot.com/minat tu lebih pada masak memasak..link dr damira..http://damira.fotopages.com/

dulu2 minat membaca..kumpul novel berpuluh-puluh..rsanya dah beratus-ratus rm dikorbankan utk membeli  novel..sampaikan ada terbeli novel yg sama berulang kali..huhu..minat juga menulis...tp separuh jalan selalunya..hahha...biasala...bukn fulltime dok depan pc...keje ofishours..balik umah jadi ibu n isteri utk anak2 yang makin remaja...ni link satu web yg baru mamaPG jumpa...suka sangat baca cerita.info dsini...http://melurjelita.com/?cat=15

kalau berminat dgn kasut boleh jenguk link ofismate mamaPG yg ni..mcam2 kasut ada...tp mamaPG tak pakaila kasut camni..hahaha...kalau tersungkur kang buruk la gayanya...   ..huhuu http://puteribatrisyiablogspot.blogspot.com/