KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE



Kek ni khas utk officemate yang akan resign hari ni 30.3.12..nurraihan@kecik..
dia jer yg suka sngat makan ciskek yg daku buat selama ni..Just for u my young lady..mudahan kamu akan succes ditempat baru...pas ni kalau nk makan ciskek mai la umah akak noo..terjumpa rcp dari izzah muffin lover..lgpun ciskek ni dah berbulan jd penunggu pt sejuk ..baik ku korbankan....
kek ni kukus jer..rasanya senang jer buat...rasa pun sedap gak...http://izahdaut.blogspot.com/2012/01/kek-lapis-kukus-cream-cheese.html


 ni rcp nyer//daku copy 100% tanpa ubah apa2...
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

resepi: kak Yatie

sumber: kak Anymzzz





BAHAN A

250 gm cream cheese

60 gm gula halus

1 biji telur

25 ml air

1 sb tpng gandum





Cara-cara

Pukul cream cheese bersama dngn gula.

Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.

Biarkan sebentar.





BAHAN B (Kek Coklat)

2 biji telur

1 cwn gula halus

1 sk vanilla

2 sb serbuk koko

sedikit garam

1/2 cwn air panas didih

1/2 cwn cwn susu segar/cair

1/2 cwn minyak jagung/masak

1 cwn tpng gandum

1 sk baking soda

1/2 sk baking powder



Cara-cara

Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang

Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam

Masukkan air panas,susu dan minyak

Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.

Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.



CARA MEMASAK.

Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.

Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak

Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.

Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.

Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.

Sejukkan dan boleh di hidangkan....


dapat curah coklat jer..pagi2 be4 subuh dah bangun...huhuhu...
Meleleh.....yummmyyy.....:)

eggless fruit cake...yang sodap...





eggless fruit by dayang jack dah lama gak buat sebelum daku masuk spital tu ari..belek2 pc bnyak lak pix  yg tak tayang lagi ..ni sebagai rujukan sendiri kot2 pas ni nk buat lg ...insyallah..
rcp ni copy mpaste dj jer..macammana lar dj ni dpt idea wat kek gini ekk...sumer sedap belaka...:)
http://dayangjack.blogspot.com/2012/01/eggless-fruit-cake-kek-buah-tanpa-telur.html

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) (sya rasa gula ni agak terlalu manis..coz dah bnyk guna buah2an kering..nx time kena kurangkan lg)
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Kek ni bertambah sedap bila ditaburi dgn kekacang atas tu,,,daku cuma ade gajus n badam jer....:)