Showing posts with label halal ke tak.... Show all posts
Showing posts with label halal ke tak.... Show all posts

KEK BUAH & TIRAMISU PULAK TAK HALAL.....!

INFO NI DARI HARIAN METRO .....hmm,,,,mcam2 la..
: ni images google..
Penggemar kek buah-buahan dan tiramisu yang dijual di restoran terkemuka di negara ini dinasihatkan lebih berhati-hati memilih sajian pemanis mulut itu kerana dikhuatiri dicampur arak sebagai penambah perisa.
 Arak jenis rum biasanya digunakan sebagai bahan tambahan untuk menguatkan tekstur kek berkenaan selain menambah perisa menyebabkan ia menjadi satu daripada sajian digemari ramai.Mendedahkan perkara itu, Pengurus Kanan Piawaian dan Pembangunan Sistem International Halal Integrity Alliance (IHI Alliance), Azudin Khalid, berkata pengguna Islam boleh merasai perbezaan makanan itu sama ada ia menggunakan arak sebagai bahan tambahan atau tidak.“Kek buah-buahan yang menggunakan rum biasanya mempunyai tekstur yang kuat dan tidak mudah pecah apabila dipotong manakala tiramisu atau kek keju terasa sejuk bila dimakan, makanan Cina pula ada yang menggunakan wain merah sebagai penambah perisa.“Sehubungan itu, pengguna Islam perlu lebih peka dan bertanya jika was-was ketika memesan makanan di restoran. Jika membeli biskut atau coklat kandungan di pembalut perlu diteliti bagi memastikan sama ada terdapat bahan berkod E471 yang merujuk kepada lelemak haiwan dan tumbuhan,” katanya ketika ditemui, semalam. Beliau berkata, walaupun restoran terutama dari luar negara seperti makanan Barat, Korea atau Jepun mempunyai logo halal, namun pemesongan masih boleh berlaku jika pengguna Islam tidak memainkan peranan penting atau ambil kisah terhadap apa dimakan mereka.“Pengusaha boleh mengambil kesempatan mencampurkan bahan yang halal dan haram kerana sikap tidak peka pengguna Islam selain Akta Perihal Dagangan 1972 (APD) sekarang yang terlalu umum berhubung pelaksanaan undang-undang halal.“Bagaimanapun, penggubalan Akta Halal tidak lama lagi yang memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) mengambil tindakan terhadap pemilik restoran atau syarikat yang tidak menggunakan sijil dan logo halal dikeluarkan jabatan itu boleh mengatasi masalah dari sudut undang-undang, namun selagi pengguna tidak peka, isu ini sukar diatasi,” katanya.Menurutnya, pengusaha biasanya menggunakan alasan Jakim mengambil masa terlalu lama untuk mengeluarkan sijil halal menyebabkan mereka memilih syarikat swasta yang tidak diiktiraf.“Perkara menyebabkan sijil halal lambat dikeluarkan Jakim mungkin berpunca daripada dokumentasi yang dilampirkan tidak lengkap atau sumber atau status halal bahan mentah yang digunakan mereka tidak jelas diperoleh daripada mana.“Di sini boleh berlaku pemesongan, pengusaha sesuka hati mencampur aduk bahan halal dengan haram. Kita selaku pengguna boleh memainkan peranan dengan ‘memaksa’ pengusaha mengikut saluran betul jika bersikap tegas tidak membeli makanan di restoran yang dicurigai status halalnya,” katanya.Azudin berkata, IHI Alliance selaku agensi yang bekerjasama dengan Jakim menerusi pemantauan sistem dan piawaian halal termasuk di peringkat antarabangsa daripada semasa ke semasa mengadakan seminar panduan kepada pengusaha restoran halal.
Bagi pendapat saya la..apapun kita sebagai umat islam seharusnya lebih berhati-hati tentang makanan halal haram ini..jangan mudah terpedaya dengan iklan yang amat mudah menggamit selera..kalau ada masa lebih baik buat sendiri...tu yg lebih berkat...insyallah...

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT LUCKY FOOD PROCESSING SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:


1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;


2) mengemukakan resit pembelian produk baru;


3) melakukan proses samak; dan


4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.


tapi haku tak pasti lak syarikat ni ade kena mengena ngan Secret Recipe ke tak...ade aku bca blog tu...macam ade...tapi dari haku menyebarkan isu2 yang tak pasti ...tak berani la den nak komen...tunggu next issued...

Pagi ni masa ronda2 blog kekawan ternampak bnyak cete yg sama...baca jangan tak baca...kalau nak confirm..baek tanyer jakim atau masuk e-halal-gov...

Butter


Just REMINDER...!
THOSE WHO R STILL TAKING /EATING/LIKING 'GOLDERN CHURN CREAMERY BUTTER' PLEASE TAKE NOTE..;)

butter cap tong

Tak habis lagi dengan isu kopi kluang....semalam ada lagi cerita tentang butter yg tak halal pulok dah...butter cap tong ni memang popular dari dulu2 lagi....yg dah biasa buat kuih ke kek boleh tahu camne rasanya..yg lemak berkrim....ye la hambapun pernah gak 2,3 kali dulu2 wat tat nenas or kek karot guna butter ni..memang sedap dan lemak...dah dekat tin tu ada logo halal..kita ni mana lar nak tau nk check kat mana halal ke tak dolu2...
semalam ada dpt emel tentang butter ni yg tak halal..ada dna babi dlm tu...aduyai...masyaallah...
ape la nak jadi...berapa ramai dah org islam yg dah makan benda ni...setelah berpuluh tahun baru hari ni tahu tak halal...
kat bawah ni surat dari  jabtan agama johor....pas ni..kalau ade niat nak guna butter ni campak je dalm tong..takpun kalau ada yg dah beli buang je la...nama pun butter cap tong...patur arr...hushh.hishhh...




ni la butter yg rasanya boleh dikatakan mahal gak harganya,,,
upa2nya diletak benda haram...cihhh.....!!

KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL

Latest emel utk kita sharing...

Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin **** dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni. Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya.


Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.


Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang **** dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin **** pada bahan minuman itu.

Gelatin **** itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Mmanakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin **** itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

wallahualam....

UPDATED:

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang: