Gara-gara FACEBOOK....

sharing info yang aku terima emel dr seseorang...

Kawan saya telah mengalami musibah ini , seorang Pejawat Awam. ( suami
41,isteri 38 ) seorang Pegawai Jabatan Kerajaan, PUTRAJAYA yang membenarkan
Myspace/Facebook digunapakai di Pejabat telah menemui kekasih gelap bermula di Myspace kemudian pindah ke Facebook sehingga berjumpa beberapa kali setelah lewat waktu pejabat dan ketika berehat. Perjumpaan demi perjumpaan
telah membawa kepada hubungan sulit.

Satu hari pejabat si sang isterinya bercuti dengan kekasih gelapnya (tetapi mohon cuti pejabat tapi keluar berkerja seperti biasa dari rumah). Rakan2 pejabat telah meghidu perbuataannya (mungkin keterlaluan kot)...dan memeriksa Komputer kegunaannya di Pejabat. Terjumpalah berbagai Gambar2 yang daring2 yg dihantar kepada kekasih gelapnya dan bertukar2 gambar.
Gambar2 itu mendedahkan aset sepatutnya milik suami atau isterinya. dan salah seorang rakan pejabat adalah tinggal berdekatan menghubungi suaminya
uutk melihat gambar2 ini.

Waktu tengahari datang si suami ke Pejabat dan terkejut kerana isterinya bercuti di Pejabat dan Ketua Jabatan mendedahkan gambar2 ini . Sebenarnya dia kerap di pejabat ketika waktu rehat utk berinternet dgn kekasih hatinya
sehinggalah rakan2 pejabat menyedari perubahan sikapnya...menghindari pergaulan di pejabat, Kawan FACEBOOK adalah kawannya sahaja.

Ketika pertemuan itu, Panggilan ke Talipon tangan oleh suaminya tidak berjawap, dan pejabat juga buat panggilan ..sehingga si isteri tadi  mengesyaki dirinya kantoi dan menalipon pejabatnya..diketahui bahwa
suaminya ke pejabat dan beberapa perkara telah dijumpai.

Pada malam itu dia kembali kerumah dan mengakui kepada suaminya yang dia telah berlaku curang selama ini. Rakan2 pejabat datang kerumah dan buat kaunseling dan minta perbaiki apa2 yg silap. Si suami sangat sabar dan
tidak marah (kerana dinasihati oleh Rakan2 pejabat).
Mereka duduk selama 2 jam ditemani oleh rakan2 yang dipercayai utk berbincang. Si suami amat sedih dan cuba berbuat keputusan yang baik.

Pengakuan yang dibuat oleh isterinya :
Bermula dengan MySpace/FACEBOOK menemui jejaki ( sudah beristeri anak 2 orang), berinternet 8 bulan sebelum berjumpa ramai 'potensi Buaya" sehingga
memilih satu dan berzina. Pernah ingin bertaubat tetapi si lelaki ini terus merayu dan tidak dapat melupakan kekasih hatinya wlpun telah cuba
menghilangkan diri. Pernah sebulan tidak jumpa , isteri ini bertemu kembali dan menyambung kembali perhubungan mereka. Si suami tadi mendengar
pengakuan isteri tadi dengan sakithati tapi nasi dah jadi bubur. Sedang mendengar pengakuan tadi si keluarga Mertua datang dan isteri tadi meminta suaminya melepaskan dirinya yang telah banyak berdosa dan memberitahu bahwa
kekasih gelapnya sanggup mengambilnya sebagai isteri. Mereka telah berbincang petang tadi setelah mengetahui hubungan gelap mereka dihidu.
Mudah sangat pertimbangannya. Anak2 yang besar berumur 10 tahun mungkin terjejas pelajarannya akibat perpecahan ini.

Si isteri tadi telah tekad dan mengakui keterlanjurannya meminta agar suaminya melepaskan dan telah menceritakan segala yang telah dilakukan
(tidak menunjukan keinsafan). Pada malam itu mereka telah dipisahkan tempat
tidur akhirnya...bercerai . Inilah penangan FACEBOOK kalau salah
digunakan... kita akan senang jumpa org yg mahu buat kerosakan..diajaknya
melakukan kerosakan besama. Tunjuklah gambar yang berani2 sedikit...maka
itulah IKLANNYA.. memberi message bahwa saya boleh diajak tidur bersama.

Moralnya : FACEBOOK ini jangan digalakkan diguna di Pejabat AWAM
Tapi BARACK OBAMA , PM kita mengunakannya...ianya sebenarnya baik utk mencapai maksud perdagangan dan Penerangan. Yang tak tahu guna kebaikannya,keburukan..rumahtangga rosak akibat guna FACEBOOK promosi Kecurangan.


Apa juga yang kita lakukan dlm hidup ini bergantung pd `nawaitu' kita..kalau niat baik insyaallah baik jua akhirnya...