oreo cheesecake..as request from upsi...

Last minute dok tercari-cari nk buat ciskek apanya as per request from my girl..seacrh kat intenet terjumpa orea ciskek resepi yg nmpk sempoi..n sonang...so..after after lunch ..walaupun dah terlewat baking sempat juga siapkan oreo ciskek ni..cuma masa terhad..coz ciskek need semalaman utk dptkan rasa cis yg sodap...apapun hentam jer la..kot2 ade lak org kempunan kang..hahaha,,

girl...lenkali cuti semester hang mai umah..baking sendiri noo...mamy tunjuk aje na..



resepi amek kat sini....30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
  • Bahan Filling:-
  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara-cara

  1. Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
  2. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  3. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. suhu dlm 160-170 deg..
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.