KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL

Latest emel utk kita sharing...

Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin **** dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni. Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya.


Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.


Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang **** dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin **** pada bahan minuman itu.

Gelatin **** itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Mmanakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin **** itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

wallahualam....

UPDATED:

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:
just sharing info yg dpt kat emel yesterday..actually pernah dpt lama dah info ni dulu2...apapun sebagai panduan..

Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, saya mewajibkan pelajar ada blog dan facebook (FB). Tapi saya banyak kali menasihatkannya untuk tidak membuat posting gambar-gambar perseorangan yang boleh membawa padah apatah lagi wanita biasanya lebih baik gambarnya untuk mahram sahaja.

Kenapa saya begitu kolot sekali pemikirannya... sedangkan saya adalah antara guru yang selalu mengikuti perkembangan IT, dan bergelomang dalam dunia IT??

Ya kalau kita masihatkan pelajar perempuan menutup aurat, menjaga diri dan adab kita selalu dikatakan berada dalam dunia kolot, ketinggalan zaman dan tidak mengikuti peredaran zaman..

Sebenarnya kenyataan di atas yang kolot dan bodoh.. Mereka yang mengikuti nasihat agamanya sendiri adalah mereka yang berada dalam landasan "kemenjadian" (Pengetua saya selalu guna perkataan ini) yang hakiki. Kenapa??

Semasa di SMK Sultan Omar tahun 2002 saya telah beli dua kamera
handycam Sony untuk sekolah. Digital 8 dengan harga sekitar RM2600. Handycam ini mempunyai fungsi NightShot (0 Lux). Nightshot adalah bertujuan mengambil gambar malam tanpa cahaya... gambarnya kelihatan warna hijau. Semasa aku ke sekolah SMK Tengku Intan Zaharah, handycam jenis ini pun ada, di bawah jangaan cikgu Wan Mohd Anuar.

Disebalik Nighshot 0 Lux ini, jika kita guna filter
Infrared See-Through Filter PF pada waktu siang hari (sebaiknya tengahari) dia boleh menembusi baju yang nipis dan menampak apa yang ada didalam..
Maaf sya tak boleh upload gmbar lensa yg digunakan...asyik erroo jer..huhu


Kesimpulannya segala apa yang tersembunyi boleh telus dibuatnya..

Masa saya beli Handycam Sony itu kerajaan Malaysia baru sedar dan mengeluarkan arahan untuk mengambil balik semua filter berkenaan dan fiter berkenaan di haramkan di Malaysia. Engkau orang tahulah benda haram ini lagi cepat mereka yang memilik handycam akan mencari... lagikan dadah yang kena hukum gantung pun ramai orang seludup... ini sekadar haram sahaja!

Kalau payah order aje melalui internet mana orang tahu ini adalah fiter.. Anjing pun tak belajar lagi mengesan fiter ini pasal takkan dia kenal bau filter. Kalau saya gantung di
"tekok" saya pun siapa tahu ini fiter yang dimaksudkan kerana semua filter kamera sama sahaja.. Tak percaya tanya cikgu Mulia..
But it's bad business to count on consumers being logical. In a discovery that was first publicized by a Japanese men's magazine, it so happens that in a well-lit setting, in certain instances, a NightShot camera can seem to penetrate fabric, revealing the underwear of fully clothed individuals, or making people in swimwear appear virtually naked. Of course, the NightShot is only a harbinger of the prurient progress that tomorrow holds in store. Sony may not have intended to design a camera that turns people naked, but you better believe somebody else eventually will. Newsweek(1999)
Itu cerita 2002, teknologi tahun 1999...

Sekarang 2011, teknologi makin berkembang dan perkembangannya cukup pesat. Sekarang boleh
scan gambar menjadikan dia seolah gambar yang tak elok menggunakan teknik Super Impose dan X-Ray.

Saya tak akan tunjuk secara secara detail, mana tahu anda akan belajar pula nak buat eksperimen.. Entah-entah gambar saya tersiar dalam majalah porno... mampus aku nak membela diri, membersih aib....

Tiga gambar pelajar perempuan di atas (tidak dsertakan..maaf..)sebenarnya diambil daripada FBnya. Gambar itu bagus menuntup aurat. Tapi malangnya ada manusia jahat telah merosakkan imej ini dengan menggunakan teknologi baru 2010.. Hasilnya....(tidak dpt d uppload..)
Kalau gambar anda disiarkan begitu di internet akibat keghairah anda membuat posting gambar dalam FB. Siapa harus dipersalahkan.... Saya nasihatkan kepada semua pelajar perempuan, guru wanita (terutama yang bujang) dan lelaki juga... awasilah gambar anda di FB... Malang tak berbau....

BUKAN SEBAB NI JER DLM FB SAYA TIADA LANGSUNG GAMBAR SENDRI MELAINKAN ORG TAGGING..sebab2 peribadi pun ye gak...lagipun mencegah lebih baik dari mengubat ..ye dak...hehehe...

blog genta rasa

Salah satu blog yg selalu diredah apatah lagi tulisan dari penulis yg paling dminati...kat link ini..http://genta-rasa.com/

APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…
INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!

Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”

Gara-gara FACEBOOK....

sharing info yang aku terima emel dr seseorang...

Kawan saya telah mengalami musibah ini , seorang Pejawat Awam. ( suami
41,isteri 38 ) seorang Pegawai Jabatan Kerajaan, PUTRAJAYA yang membenarkan
Myspace/Facebook digunapakai di Pejabat telah menemui kekasih gelap bermula di Myspace kemudian pindah ke Facebook sehingga berjumpa beberapa kali setelah lewat waktu pejabat dan ketika berehat. Perjumpaan demi perjumpaan
telah membawa kepada hubungan sulit.

Satu hari pejabat si sang isterinya bercuti dengan kekasih gelapnya (tetapi mohon cuti pejabat tapi keluar berkerja seperti biasa dari rumah). Rakan2 pejabat telah meghidu perbuataannya (mungkin keterlaluan kot)...dan memeriksa Komputer kegunaannya di Pejabat. Terjumpalah berbagai Gambar2 yang daring2 yg dihantar kepada kekasih gelapnya dan bertukar2 gambar.
Gambar2 itu mendedahkan aset sepatutnya milik suami atau isterinya. dan salah seorang rakan pejabat adalah tinggal berdekatan menghubungi suaminya
uutk melihat gambar2 ini.

Waktu tengahari datang si suami ke Pejabat dan terkejut kerana isterinya bercuti di Pejabat dan Ketua Jabatan mendedahkan gambar2 ini . Sebenarnya dia kerap di pejabat ketika waktu rehat utk berinternet dgn kekasih hatinya
sehinggalah rakan2 pejabat menyedari perubahan sikapnya...menghindari pergaulan di pejabat, Kawan FACEBOOK adalah kawannya sahaja.

Ketika pertemuan itu, Panggilan ke Talipon tangan oleh suaminya tidak berjawap, dan pejabat juga buat panggilan ..sehingga si isteri tadi  mengesyaki dirinya kantoi dan menalipon pejabatnya..diketahui bahwa
suaminya ke pejabat dan beberapa perkara telah dijumpai.

Pada malam itu dia kembali kerumah dan mengakui kepada suaminya yang dia telah berlaku curang selama ini. Rakan2 pejabat datang kerumah dan buat kaunseling dan minta perbaiki apa2 yg silap. Si suami sangat sabar dan
tidak marah (kerana dinasihati oleh Rakan2 pejabat).
Mereka duduk selama 2 jam ditemani oleh rakan2 yang dipercayai utk berbincang. Si suami amat sedih dan cuba berbuat keputusan yang baik.

Pengakuan yang dibuat oleh isterinya :
Bermula dengan MySpace/FACEBOOK menemui jejaki ( sudah beristeri anak 2 orang), berinternet 8 bulan sebelum berjumpa ramai 'potensi Buaya" sehingga
memilih satu dan berzina. Pernah ingin bertaubat tetapi si lelaki ini terus merayu dan tidak dapat melupakan kekasih hatinya wlpun telah cuba
menghilangkan diri. Pernah sebulan tidak jumpa , isteri ini bertemu kembali dan menyambung kembali perhubungan mereka. Si suami tadi mendengar
pengakuan isteri tadi dengan sakithati tapi nasi dah jadi bubur. Sedang mendengar pengakuan tadi si keluarga Mertua datang dan isteri tadi meminta suaminya melepaskan dirinya yang telah banyak berdosa dan memberitahu bahwa
kekasih gelapnya sanggup mengambilnya sebagai isteri. Mereka telah berbincang petang tadi setelah mengetahui hubungan gelap mereka dihidu.
Mudah sangat pertimbangannya. Anak2 yang besar berumur 10 tahun mungkin terjejas pelajarannya akibat perpecahan ini.

Si isteri tadi telah tekad dan mengakui keterlanjurannya meminta agar suaminya melepaskan dan telah menceritakan segala yang telah dilakukan
(tidak menunjukan keinsafan). Pada malam itu mereka telah dipisahkan tempat
tidur akhirnya...bercerai . Inilah penangan FACEBOOK kalau salah
digunakan... kita akan senang jumpa org yg mahu buat kerosakan..diajaknya
melakukan kerosakan besama. Tunjuklah gambar yang berani2 sedikit...maka
itulah IKLANNYA.. memberi message bahwa saya boleh diajak tidur bersama.

Moralnya : FACEBOOK ini jangan digalakkan diguna di Pejabat AWAM
Tapi BARACK OBAMA , PM kita mengunakannya...ianya sebenarnya baik utk mencapai maksud perdagangan dan Penerangan. Yang tak tahu guna kebaikannya,keburukan..rumahtangga rosak akibat guna FACEBOOK promosi Kecurangan.


Apa juga yang kita lakukan dlm hidup ini bergantung pd `nawaitu' kita..kalau niat baik insyaallah baik jua akhirnya...